Didi & Friends: Story Time! — Musim Terbaharu Penuh Keajaiban dan Pengajaran

Didi, Nana, Jojo dan Aera kembali dalam musim terbaru Didi & Friends: Story Time — kali ini dengan pengembaraan yang lebih ajaib, penuh nilai murni dan kisah-kisah yang menginspirasikan.

Dalam musim baharu ini, mereka secara tidak sengaja terperangkap dalam sebuah buku magik yang membawa mereka ke pelbagai dunia luar biasa. Setiap episod memaparkan satu cerita unik yang sarat dengan mesej positif, kejutan, serta lagu-lagu menarik yang sesuai untuk tontonan dan pembelajaran si kecil.


Tontonan Sesuai Untuk Kanak-Kanak & Keluarga

Didi & Friends merupakan siri animasi tempatan yang telah memenangi hati ribuan keluarga di Malaysia, terkenal dengan kandungan pendidikan, muzik interaktif dan nilai kekeluargaan. Kini, siri ini kembali dengan lebih banyak watak, pengajaran dan tema yang dekat di hati kanak-kanak.



 

Butiran Tayangan

  • Tarikh Mula: 4 Julai 2025

  • Hari Siaran: Setiap Jumaat

  • Masa: Jam 3.00 petang

  • Saluran: Astro Ceria (CH 611)

  • Penstriman: Aplikasi Astro One – Tonton bila-bila masa, di mana sahaja


Tidak Ada Astro?

Sekarang anda boleh daftar Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Nikmati siaran rancangan kanak-kanak, drama, filem, dan pelbagai kandungan eksklusif Astro — semua dalam satu platform penstriman.

Jul 31,2025