Honey Minta Maaf: Dari Kontroversi ke Peluang Kedua

Drama romantik komedi yang penuh dengan gelak tawa, keinsafan, dan peluang kedua ini mengisahkan Honey, seorang influencer terkenal/penjual madu yang menjadi mangsa cancel culture akibat kontroversi dalam talian. Melarikan diri dari dunia glamornya Honey membawa diri ke kampung halamannya, Pasir Mega untuk mencari ketenangan dan menebus kesilapannya.


Pertemuannya dengan Hamid, seorang bekas banduan yang juga sedang mencari peluang kedua dalam hidup membuka lembaran hidup yang berliku.  Bersama-sama, mereka menyertai ahli jawatankuasa surau dalam usaha menyatukan penduduk kampung bagi menyelamatkan surau mereka daripada dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks membeli-belah.


Adakah mereka akan berjaya memulihkan kepercayaan masyarakat dan membuktikan bahawa setiap orang berhak mendapat peluang kedua? Diarahkan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin, Honey Minta Maaf dibintangi oleh Anna Jobling, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Rashidi Ishak, Anita Baharom, dan ramai lagi. 
 


Senarai Pelakon:

Anna Jobling sebagai Honey
Hun Haqeem sebagai Hamid
Razak Ahmad sebagai Imam Kampung
Anita Baharom sebagai Cikgu Azreen
Rashidi Ishak sebagai Dahlan

Jun 17,2025