Drama Seribu Tahun: Pengorbanan, Pengkhianatan, dan Harapan


 

Hasil karya pengarah Shahrul Ezad Mohameddin, Drama Seribu Tahun yang dilakonkan oleh Emma Maembong, Azhan Rani & Noorkhiriah. 


Ia menceritakan mengenai Puteri Imaan Suhana yang mendapati dirinya hamil hasil hubungan terlarangnya dengan kekasihnya, Azrul. Hubungan mereka tidak mendapat restu ibunya, Datin Norish, seorang CEO wanita yang berkuasa. Azrul menolak cadangan Imaan untuk berkahwin demi menutup kehamilan itu, kerana dihina oleh Datin Norish yang menganggap mereka tidak sekufu disebabkan perbezaan status sosial. Azrul bertekad untuk berkahwin dengan Imaan hanya jika mendapat restu ibunya.  


Segalanya menjadi lebih rumit apabila Azrul mencadangkan Imaan menggugurkan kandunganya dan Imaan mengetahui Azrul sedang menjalinkan hubungan dengan Gina, anak kepada CEO syarikat tempat Azrul bekerja. Azrul akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya hanya mahu membalas dendam terhadap Datin Norish dan tidak berniat untuk mengahwini Imaan. 


Imaan yang merasakan dirinya telah ditipu oleh Azrul hampir membunuh dirinya, namun diselamatkan oleh Dr. Zahar, rakan sekolahnya yang juga merupakan anak kepada Datin Sofea, teman rapat Datin Norish. Datin Norish merancang untuk mengahwinkan Imaan dengan Dr. Zahar bagi menghalang hubungan antara Imaan dan Azrul, manakala Datin Sofea juga ingin mencari isteri untuk anaknya yang masih belum berkahwin.   


Namun, pada hari pernikahan, Imaan merasa tidak adil terhadap Dr. Zahar yang terpaksa mengorbankan dirinya sebagai pak sanggup. Imaan akhirnya melarikan diri ke sebuah perkampungan jauh di utara, meninggalkan keretanya dan telefon bimbitnya agar tidak dapat dikesan oleh Datin Norish. Di kampung tersebut, Imaan dijaga oleh pasangan Shukri dan Nor yang hidup sederhana. Nor yang mengalami Turner Syndrome dan mandul, akhirnya memberi izin kepada Shukri untuk menikahi Imaan selepas Imaan bersetuju untuk membenarkan mereka menumpang kasih selepas bayi dilahirkan. 

Senarai Pelakon:
Emma Maembong sebagai Imaan Suhana
Azhan Rani sebagai Syukri
Norkhiriah sebagai Nor
Laila Nasir sebagai Dato Norish
Allie Reza sebagai Azrul
Ieda Moin sebagai Ika
Elly Suhaily sebagai Cik Idah
Ziema Din sebagai Datin Sofea
Amy Nurtinie sebagai Gina
Azrul Raja Lawak sebagai Beego
Danny Evans sebagai Abang Ajis
Zharif Ghazzi sebagai Fakhrul 
Didie Alias sebagai Kak Oyen
Norreen Iman sebagai Nurse 
Nazrief Nazri sebagai Dr Zahar
Ashraf Muslim sebagai Dr Nizam

 

Jun 17,2025