Si Bakhil Dengan Bunganya – Drama Kekeluargaan Terbaharu

Bermula 28 Mei di Astro

Astro sekali lagi membawakan sebuah drama yang sarat dengan emosi dan kisah kekeluargaan menerusi siri terbaru bertajuk Si Bakhil Dengan Bunganya. Drama ini akan mula bersiaran pada Rabu, 28 Mei 2025, jam 9:00 malam, setiap Rabu dan Khamis menerusi slot popular Dramavaganza di Astro Ria dan Astro Go.

 

Si Bakhil Dengan Bunganya mengisahkan tentang Baqi, seorang lelaki kedekut yang menyimpan kemarahan terhadap bapa saudaranya yang tamak dan telah merampas tanah pusaka keluarganya. Dalam usahanya untuk mendapatkan kembali hak miliknya, Baqi merancang satu strategi yang tidak dijangka.

Dalam masa yang sama, muncul Kekwa, seorang yang lantang dan berlidah tajam yang menyimpan rasa marah terhadap ayah dan ibu tirinya. Apabila mengetahui bahawa adik tirinya, Orked, bakal bertunang, Kekwa melihat peluang untuk melepaskan kemarahannya

Baqi dan Kekwa kemudian berpakat untuk berpura-pura bertunang. Bagi Baqi, pertunangan palsu ini adalah taktik untuk mendapatkan kembali tanah keluarganya. Bagi Kekwa pula, ia adalah peluang untuk menggagalkan pertunangan Orked dan mengucar-kacirkan keluarga yang telah lama melukakannya. Namun begitu, perasaan cinta dan sayang mula muncul dalam hati mereka.

Adakah cinta mereka akan bersemi hingga ke akhir hayat atau terhenti di pertengahan jalan?

BARISAN PELAKON
Kekwa – Alya Iman
Baqi – Yusuf Bahrin
Uwais – Arfie
Orked – Milleh Christian Anderson

BUTIRAN SIARAN
Tajuk: Si Bakhil Dengan Bunganya
Tarikh Tayangan: Rabu, 28 Mei 2025
Masa: 9:00 malam
Hari: Setiap Rabu & Khamis
 

Jun 17,2025